Monday 21 October 2013

faktor psikologi

Pertama iaitu faktor psikologi.Faktor saikologi terbahagi kepada dua iaitu kecerdasan dan kesihatan emosi.Bagi kecerdasan,tidak semua individu mempunyai daya ingatan dan kecerdasan yang sama. Bagi kesihatan emosi,pelajar yang sering diganggu perasaan marah,takut,bimbang dan sedih.Ini mungkin berpunca daripada keadaan dan pengaruh ibubapa,rakan sebaya,guru dan masyarakat. Kedua,iaitu faktor biologi.Faktor biologi terbahagi kepada dua iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi. Kesihatan fizikal iaitu murid mungkin menghidap penyakit seperti asma,dermatitis,gigi,sinusitis dan lain-lain.Boleh juga berpunca daripada kurang zat makanan,makanan tidak seimbang dan kurang penjagaan kebersihan diri.Di samping itu termasuklah masalah pengamatan,pendengaran dan penglihatan.Seterusnya bagi fungsi neurologi,masalah “minimal cerebral dysfunction” memberi kesan seperti sukar mengeja,membaca dan menulis.Ia berpunca dari otak kerana kecacatan di kepala,mengalami sakit yang kuat,kecacatan semasa kandungan atau masa lahir. Ketiga,faktor persekitaran terbahagi kepada dua iaitu pembentukan bahasa dan amalan sekolah.Bagi pembentukan bahasa,seseorang murid mungkin lambat pemerolehan bahasa atau kurang pendedahan kepada pengalaman bahasa.Murid mungkin telah terbiasa dengan penggunaan bahasa pasar,bahasa daerah atau bahasa.Seterusnya bagi amalan sekolah,ini adalah berkenaan dengan kesan pengajaran guru,cara pentadbiran dan susunan kurikulum.Pembelajaran di sekolah lebih berorentasikan peperiksaan dan hambatan sukatan pelajaran yang mesti diselesaikan.Hal-hal ini meyebabkan kemampuan murid terabai.

pemulihan latar belakang

Latar belakang 1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakanprogram pemulihan dengan menggunakanstrategi “Withdrawal System.”1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankanprojek percubaan “Pendidikan Imbuhan”bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) denganmenggunakan strategi di mana pemulihandijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran.1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagimeningkatkan aktiviti pengayaan danpemulihan dalam kelas KBSR.1998 - Program Intervensi 3 M.2000 - “Multiple Intelligence” 1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi “Withdrawal System.” 1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan “Pendidikan Imbuhan” bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran. 1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1998 - Program Intervensi 3M. 2000 - “Multiple Intelligence”

pendidikan pemulihan

Latar Belakang Pendidikan Pemulihan Oleh Mohd Isa Abd Razak Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970. Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan. Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga. Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran pemulihan. Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR. Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah rendah. Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan. Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira). Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu mengendalikan pemulihan berat. Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting GPK dan guru Bahasa Melayu. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak menguasai 3M. Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu. Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang lain.

synopsis willy wonka

Willy Wonka has built the greatest and largest chocolate factory in the world. After some of his workers steal his secret recipes, Willy Wonka kicks his workers out and closes the doors. For 15 years, no one has seen any workers entering or leaving the factory, yet his chocolate candy is still being produced and shipped around the world. One day when Willy Wonka is getting his hair cut, he realizes that he is getting old, and he needs a successor. He comes up with a plan to open his factory and reveal his secrets to five lucky children, who find golden tickets inside Wonka chocolate bars. The golden tickets are sent around the world and soon 4 winners are announced. The first to find a ticket is the greedy Augustus Gloop. Second is the spoiled Veruca Salt. Next is the competitive gum-chomping Violet Beauregard. Fourth is the chocolate-hating techie Mike Teevee. There is one golden ticket left, and the achingly poor Charlie Bucket finds it. Charlie chooses his Grandpa Joe to accompany him inside the factory, a place his Grandpa Joe once worked before it was closed. The other four children with their parents and Charlie with Grandpa Joe, enter the factory and begin the tour of a lifetime. They experience the great glass Wonkavator, which can go anywhere in the factory, in any direction, at the touch of a button. During the tour, the group learns that all the work is now being done by the Oompa-Loompa tribe, who are paid in cocoa beans. The factory is indeed fantastic trees and grass are edible, trained squirrels shell nuts for the chocolate bars, entire meals are contained in a stick of gum, and incredible technology allows chocolate to be sent by television. The four rotten children get to interact with some of Willy Wonka's fantastic inventions with unfortunate consequences which force them off the tour before it is completed. Charlie is the last child left, and Willy Wonka awards Charlie the greatest prize of all, the keys to the factory, which Charlie refuses. Accepting the prize means living Willy Wonka's life cut off from family and the world to devote oneself to the pursuit of chocolate perfection. After some time, Willy Wonka sees that while Charlie may be the right person for the factory, the life that Willy Wonka chose for himself isn't right for Charlie. He relents and allows Charlie to bring his entire family into the factory with him, and they all live happily ever after.

Tuesday 1 October 2013

MASALAH SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada. Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap : a) Tahap awal kanak-kanak b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak c) Tahap baligh dan remaja Peringkat pertama Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan. Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam. Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur. Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Tuesday 10 September 2013

membaca ..

http://eemoticons.net

Trik Membaca Cepat

membaca cepat
Coba pikirkan tentang seberapa banyak anda membaca setiap hari.
Mungkin anda membaca koran untuk mengetahui apa yang sedang terjadi di Indonesia atau dunia. Anda menelusuri email yang tak terhitung jumlahnya dari rekan-rekan. Kemudian anda juga mungkin membaca buku, laporan, proposal, majalah, dan surat-surat yang membentuk hari-hari anda.
Ketika anda mengingat hal tersebut, membaca bisa menjadi keterampilan yang berhubungan dengan pekerjaan yang paling sering anda gunakan! Membaca juga adalah keterampilan dimana kebanyakan dari kita melakukannya sejak kita menginjak usia 12 tahun.
Setelah semua itu, jika kita dapat membaca dan memahami textbooks, apakah kita sudah menjadi pembaca yang baik?
Mungkin tidak, dan mengingat waktu membaca sering dikonsumsi dalam kehidupan kita sehari-hari, maka membaca menjadi keterampilan yang mutlak harus kita miliki dan tingkatkan.
Tapi untuk menjadi pembaca yang lebih baik, apa yang harus dilibatkan?
Menjadi pembaca yang lebih baik berarti semakin cepat dan efisien dalam membaca, tanpa mengurangi intisari dari apa yang anda baca. Pada artikel ini, kita akan melihat bagaimana anda dapat melakukan hal ini, dan bagaimana anda dapat melupakan kebiasaan membaca lama anda yang kurang baik.

Bagaimana Kita Membaca

Meskipun anda menghabiskan sebagian waktu anda setiap hari dengan membaca, apakah anda pernah berpikir bagaimana cara anda membaca?
Bagaimana mata anda memahami bentuk huruf, dan kemudian menempatkan huruf-huruf tersebut bersama untuk membentuk sebuah kalimat yang dapat anda mengerti?
Ketika Anda benar-benar berpikir tentang hal ini, membaca menjadi keterampilan yang cukup kompleks. Sebelumnya, para ilmuwan percaya bahwa ketika anda membaca, kedua mata Anda terfokus pada huruf tertentu dalam kata. Penelitian terbaru menunjukkan hal semacam itu tidak terjadi.
Para ilmuwan sekarang percaya bahwa masing-masing mata anda mengunci ke huruf yang berbeda pada saat yang sama, biasanya dua karakter terpisah. Otak anda kemudian memadukan huruf-huruf tersebut bersama-sama untuk membentuk suatu kata. Hal ini terjadi hampir seketika.

Keuntungan Membaca Cepat

Kebanyakan orang membaca pada tingkat rata-rata 250 kata per menit. Ini berarti anda menghabiskan waktu 1-2 menit untuk membaca satu halaman dalam sebuah buku atau dokumen.
Namun, bayangkan jika anda bisa menggandakan tingkatan anda menjadi 500 kata per menit. Anda bisa dengan cepat membaca semua konten tersebut dalam separuh waktu. Anda kemudian bisa menggunakan waktu yang dihemat untuk tugas-tugas lain, atau mengambil beberapa menit ekstra untuk bersantai.
Keuntungan penting lainnya dari membaca cepat adalah anda dapat lebih memahami struktur keseluruhan dokumen. Hal ini menghasilkan pemahaman yang “lebih besar”, dimana anda bisa mendapatkan keuntungan untuk pekerjaan dan karier anda.
Catatan:
Membaca cepat adalah keterampilan yang berguna dan berharga. Namun, mungkin ada saat-saat tidak tepat ketika menggunakan teknik ini. Misalnya, membaca dokumen yang sangat penting dimana anda perlu membaca dengan perlahan, sehingga anda dapat sepenuhnya memahami setiap detail.

Memecahkan Kebiasaan Membaca yang Kurang Baik

Jika anda seperti kebanyakan orang, maka anda mungkin memiliki kebiasaan membaca yang memperlambat anda. Menjadi pembaca yang lebih baik berarti bagaimana mengatasi kebiasaan buruk tersebut, sehingga anda dapat membuka jalan baru, yaitu cara yang efektif untuk membaca.
Di bawah ini adalah beberapa kebiasaan umum membaca yang kurang baik, berikut diskusi mengenai apa yang dapat anda lakukan untuk mengatasinya.
Sub-Vokalisasi
Sub-vokalisasi adalah kebiasaan mengucapkan setiap kata di kepala anda saat anda membacanya. Kebanyakan orang melakukan hal ini sampai batas-batas tertentu.
Bila anda melakukan sub-vokalisasi, anda “mendengar” kata yang diucapkan dalam pikiran anda. Ini membutuhkan waktu lebih banyak daripada yang diperlukan, karena anda sebetulnya dapat memahami kata lebih cepat dari yang anda katakan tersebut.
Untuk mematikan suara di kepala anda, anda harus terlebih dahulu memahami bahwa hal ini terjadi pada anda, kemudian anda harus berlatih “tidak berbicara”. Ketika Anda duduk untuk membaca, katakan kepada diri sendiri bahwa Anda tidak akan melakukan sub-vokalisasi. Anda perlu berlatih ini sampai kebiasaan buruk ini hilang. Membaca sekumpulan kata juga akan membantu, karena sulit untuk menyuarakan sekumpulan kata.
Dengan menghilangkan sub-vokalisasi saja, anda dapat meningkatkan kecepatan membaca dengan jumlah yang mencengangkan. Jika tidak, anda terbatas pada membaca pada kecepatan yang sama seperti berbicara, yaitu sekitar 250-350 kata per menit. Satu-satunya cara untuk menerobos hambatan ini adalah untuk berhenti mengatakan kata-kata di kepala anda saat anda membaca.
Membaca Kata Demi Kata
Bukan hanya lambat untuk membaca kata demi kata, namun ketika anda berkonsentrasi pada kata kata yang terpisah, anda sering kehilangan konsep keseluruhan dari apa yang dimaksud. Orang yang membaca setiap kata sebagai unit yang berbeda dapat kurang memahami dibanding mereka yang membaca lebih cepat dengan “mengumpulkan” bersama-sama kata-kata dalam satu blok. (Pikirkan tentang bagaimana mata anda bergerak saat anda membaca artikel ini, apakah anda benar-benar membaca setiap kata, atau anda membaca blok dari dua, tiga, atau lima kata?)
Berlatihlah memperluas jumlah kata yang dapat anda baca pada suatu waktu. Anda juga dapat menemukan bahwa anda dapat meningkatkan jumlah kata yang dapat anda baca dengan memposisikan teks sedikit lebih jauh dari mata anda. Semakin banyak kata-kata yang dapat anda baca di setiap blok, semakin cepat anda akan membaca!
Gerakan Mata yang Tidak Efisien
Pembaca yang lambat cenderung fokus pada setiap kata, dan bekerja mengartikan maksudnya pada setiap baris. Mata dapat menjangkau kira-kira 3 cm pada satu waktu, dimana rata-rata meliputi empat atau lima kata. Terkait dengan hal ini, maka kenyataannya adalah sebagian besar pembaca tidak menggunakan penglihatan tepi mereka untuk melihat kata-kata di ujung setiap baris.
Untuk mengatasi hal ini, “lunakkan” pandangan anda ketika membaca – dengan merelaksasi wajah dan memperluas pandangan anda, anda akan mulai melihat blok kata-kata bukannya melihat setiap kata sebagai unit yang berbeda. Ketika anda mulai terbiasa dalam hal ini, mata anda akan melalui halaman per halaman menjadi lebih cepat dan lebih cepat.
Ketika anda sudah mendekati akhir baris, biarkan penglihatan tepi anda mengambil alih untuk melihat set terakhir dari kata-kata. Dengan cara ini anda dapat dengan cepat memindai dan turun ke baris berikutnya.