Monday 21 October 2013

faktor psikologi

Pertama iaitu faktor psikologi.Faktor saikologi terbahagi kepada dua iaitu kecerdasan dan kesihatan emosi.Bagi kecerdasan,tidak semua individu mempunyai daya ingatan dan kecerdasan yang sama. Bagi kesihatan emosi,pelajar yang sering diganggu perasaan marah,takut,bimbang dan sedih.Ini mungkin berpunca daripada keadaan dan pengaruh ibubapa,rakan sebaya,guru dan masyarakat. Kedua,iaitu faktor biologi.Faktor biologi terbahagi kepada dua iaitu kesihatan fizikal dan fungsi neurologi. Kesihatan fizikal iaitu murid mungkin menghidap penyakit seperti asma,dermatitis,gigi,sinusitis dan lain-lain.Boleh juga berpunca daripada kurang zat makanan,makanan tidak seimbang dan kurang penjagaan kebersihan diri.Di samping itu termasuklah masalah pengamatan,pendengaran dan penglihatan.Seterusnya bagi fungsi neurologi,masalah “minimal cerebral dysfunction” memberi kesan seperti sukar mengeja,membaca dan menulis.Ia berpunca dari otak kerana kecacatan di kepala,mengalami sakit yang kuat,kecacatan semasa kandungan atau masa lahir. Ketiga,faktor persekitaran terbahagi kepada dua iaitu pembentukan bahasa dan amalan sekolah.Bagi pembentukan bahasa,seseorang murid mungkin lambat pemerolehan bahasa atau kurang pendedahan kepada pengalaman bahasa.Murid mungkin telah terbiasa dengan penggunaan bahasa pasar,bahasa daerah atau bahasa.Seterusnya bagi amalan sekolah,ini adalah berkenaan dengan kesan pengajaran guru,cara pentadbiran dan susunan kurikulum.Pembelajaran di sekolah lebih berorentasikan peperiksaan dan hambatan sukatan pelajaran yang mesti diselesaikan.Hal-hal ini meyebabkan kemampuan murid terabai.

No comments:

Post a Comment